Piala Dunia (FIFA World Cup 2010) telah pun bermula. Semua peminat - peminat bola pasti tidak mahu melepaskan peluang ataupun tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran masing - masing berentap.Makan bola, tido bola, semuanya pasal bola. Kali ini, perlawanan piala dunia FIFA julung - julung kali diadakan di Afrika Selatan.
Sesetengah orang mungkin hanya tahu menonton perlawanan piala dunia FIFA 2010 tanpa mengetahui mengenai sejarah tentang Piala Dunia Fifa. Baiklah, di sini saya ceritakanlah secara ringkas tentang sejarah Piala Dunia FIFA yang saya petik dari sebuah laman web. Sejarah Piala Dunia dikenali bermula apabila presiden FIFA yang pertama Jules Rimet mencadangkan satu kejohanan menghimpunkan semua pasukan terbaik dikalangan benua diadakan dalam 1 kejohanan. Beliau telah lama memikirkan idea ini kerana bola sepak telah menjadi satu kegilaan dikalangan orang diseluruh dunia.
Satu perbincangan telah diadakan yang dihadiri Rimet dan anggota kongresnya di Amsterdam bagi merealisasikan kejohanan tersebut. Uruguay yang ketika itu memiliki sebuah pasukan yang hebat telah bersetuju menjadi tuan rumah Piala Dunia yang pertama 1930 di Montevideo.
Sebagaimana ramalan banyak pihak,Uruguay telah mencatatkan nama sebagai pasukan yang pertama memenangi piala keagungan bola sepak itu apabila mengalahkan Argentina dengan jaringan 4-2.
Piala yang mengambil sempena nama Jules Rimet,Presiden FIFA yang pertama yang juga pengasas kejohanan tersebut telah diukir oleh pereka terkenal Perancis,Abel La Fleur,berbentuk oktagonal berlambangkan bumi dipegang oleh Dewa Kemenangan yang bernama Nike (dewa Greek purba). Ia diperbuat daripada emas padu,mempunyai berat 3.8 kg dan tinggi 35 cm.
Selepas tiga kejohanan pertama Piala Dunia, dunia dilanda Perang Dunia ke 2 yang menyaksikan ia terhenti selama 12 tahun sebelum di sambung semula pada tahun 1950 di Brazil. Piala Jules Rimet (juga dikenali sebagai World Cup atau Coupe du Monde) pernah dicuri sewaktu dipamerkan di Stampex Exhibition di Westminster Central Hall,London saat menjelangnya Piala Dunia 1966 di England, namun ia ditemukan 7 hari kemudian oleh seekor anjing bernama Pickles.
Akhirnya pada Piala Dunia 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan Brazil menyimpan Piala Jules Rimet buat selama-lamanya apabila negara itu telah berjaya muncul negara pertama memenangi 3 kejuaraan piala berkenaan 1958,1962 dan 1970.
Kejadian yang tidak disangka berlaku pada tahun 1983 apabila piala keagungan itu hilang selama-lamnya apabila dicuri daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan.
<< Inilah maskot untuk Perlawanan Bola Sepak
Ramai juga para peniaga yang turut mengambil kesempatan untuk menjual pelbagai barangan cenderahati sempena Piala Dunia FIFA 2010. Macam - macam ada. Antaranya jersi / baju, key-chain( kalau tersalah eja maaf ye), patung dan sebagainya. Sambutan Piala Dunia FIFA 2010 nampaknya begitu hangat sekarang ni. Akhir kata, majulah sukan untuk semua dan salam 1 Malaysia, 1 Dunia.