SELAMAT DATANG KE BLOG SEA TEA...

Monday, November 30, 2009

Minggu Peperiksaan



Minggu peperiksaan..tak kiralah UPSR ke, PMR ke, SPM ke, exam di peringkat kolej mahupun universiti, asal nak exam je barulah kebanyakan student ni nak pegang buku untuk ulang kaji di saat akhir..betul tak?

Teringat pulak masa zaman study dulu..hehehe..Nak share ckitlah beberapa tips ketika menghadapi peperiksaan menurut konsep Islam ni untuk anda di luar sana tu..Antaranya adalah:-

A) Jagalah kesihatan diri. kesihatan penting ketika membuat ulang kaji pelajaran hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk mengganggu persediaan untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang perlu diulang kaji, tentu ia menimbulkan kebimbangan. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan diri mengulang kaji dan ini boleh membawa kepada tekanan emosi.

B) Tidur yang cukup. Tidur mencukupi adalah antara 6 hingga 8 jam sehari, bergantung kepada individu. Kurang tidur menyebabkan diri rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan latih diri dengan masa tidur yang optimum ini mulai sekarang.

C) Jaga pemakanan. Allah berfirman, Makanlah daripada makanan yang baik yang Kami berikan (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan makanan yang baik ialah baik dari segi sumber (halal), kualiti (zat), rasa (enak dan lazat) serta bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Ibu bapa juga perlu memastikan anak diberi makanan daripada sumber yang halal. Makanan haram akan menghitam dan menggelapkan hati mereka.

D) Riadah. Beriadah ni baik untuk merehatkan minda sejenak, kecergasan & kecerdasan tapi, janganlah berlebihan sangat. Esok nak exam dah lemah gemalai pulak..riadah secara sederhana je..okies..

E) Buatlah persediaan bagi menghadapi peperiksaan sekurang - kurangnya 3 bulan sebelum peperiksaan terpulang pada individu masing2 lah kan. Lakukan banyak latihan, menghadiri kelas tambahan, tentukan jadual belajar dan bijak membahagikan masa dengan baik.

F) Sesudah berusaha, haruslah berdoa & bertawakal kepada Allah, lakukan solat hajat. Yakinlah dengan diri anda bahawa anda mampu melakukan yang terbaik, insyaAllah...

sumber ni, saya petik dari internet & juga pengalaman saya sendiri untuk dikongsikan bersama anda diluar sana yang bakal menghadapi peperiksaan yang bakal tiba..

Selamat Berjaya Dalam Peperiksaan!!!