|
Hmmmm....ni yang bingung ni..bila nak balik Sarawak atau Sabah kalau dari Semenanjung cuma ada 1 pengangkutan jer..iaitu kapal terbang..almaklumlah, Sabah dan Sarawak ni terpisah ngan Semenanjung oleh Laut China Selatan..nasib baik ada penerbangan tambang murah Air Asia.. Dapat juga 'anna' balik Sarawak huhu..namun tak kurang juga ngan Malaysia Airlines (MAS)..yang ni jenis standard ni..kalau tak da promosi, 'anna' pun tak mampu la nak balik Sarawak naik MAS..huhu..tapi yelah..kalau nak book tiket kena book awal-awal, kalau tak dapat tiket nanti tak ke sadis...terutamanya time musim perayaan besar macam Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya..Kenalah rancang perjalanan dengan teliti dan bijak.
'anna' kalau ada jambatan gi Sarawak ke, jalan lain selain udara nak juga..gayat plak bila dah terbang tinggi - tinggi ni..paling cemas time cuaca tak berapa elok naik flight, fuh..terasa gegarannya..takut..ingat Allah, ingat kat family je masa tu..huhu..alhamdulillah tak de apa2 yang terjadi.. Apa - apa pun, 'anna' tak serik naik flight, malah 'anna' bersyukur dengan pengangkutan udara yang ada sekarang dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Air Asia & MAS..Congrates..cayalah..
Apa itu snek? Snek merupakan makanan ringan yang lazimnya dimakan dalam waktu yang singkat.Contoh snek? Burger, keropok, mee segera, coklat, minuman berkarbonat, jeruk dan macam - macam lagi.. Ramai di kalangan kita terutamanya golongan muda amat menggemari snek termasuklah diri 'anna' sendiri. Erm..lain orang, lain cita rasanya tapi ada juga yg sama... Setuju tak? Makanan snek, mestilah sedap kalau tak sedap orang pun tak nak makan..kan?Tahu tak, Makanan snek biasanya sedap tapi kurang berkhasiat dan penuh ngan gula, garam, lemak. Keropok ni kira dalam kategori junkfoods. Junkfoods ni terdiri dari pelbagai jenis perasa tiruan yang berperasa seperti ayam, barbeque, tom yam, udang, sotong, durian, keju dan sebagainya. Risiko kepada penggemar makanan snek... Setahu 'anna', orang yang gemar sangat makan makanan snek ni, berisiko untuk menghidap penyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi. Kesimpulannya apa yang 'anna' nak katakan kat sini, ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Amalkanlah pemakanan yang sihat.
Salam tazkirah...
Selesema H1N1?
Apa ke bendanya tu? Pada yang tak tau lagi tentang H1N1...H1N1 juga dikenali dengan selesema babi @ influenza A..
So, macam mana selesema ni merebak?
Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.
Tanda - tanda jangkitan H1N1:
Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit - birit dan muntah.
Tentang H1N1 ni juz sbg tatapan dan pengetahuan U all je..sumber ni 'anna' petik dari www.wikipedia.org je... Kesimpulannya, mencegah lebih baik dari merawat..
Salam tazkirah..
Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Negeri bumi kenyalang ini merupakan salah sebuah dari 14 negeri yang terdapat di Malaysia seperti Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Johor, Melaka, Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Sarawak terasing daripada Semenanjung Malaysia ke barat dengan Laut Cina Selatan yang kira-kira 600 km dan dicantum ke negeri Sabah secara langsung ke timur laut di mana kesultanan Brunei di tengah-tengahnya. Atas tanah, negeri ini bersempadanan dengan Kalimantan, Indonesia. Untuk pengetahuan U all, Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Kat Sarawak ada macam- macam kaum, bangsa dan agama seperti Melanau, Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Punan, Penan, Kedayan, Lunbawang dan banyak lagi. Pendek kata banyak sangatlah. Setiap kaum ada adat resam, pantang larang, makanan tradisi, dan kepercayaan mereka sendiri..Contohnya macam KEK LAPIS SARAWAK, IKAN TERUBOK MASIN, MEE KOLOK, AYAM PANSUH, UMAI, LINUT, LEMIDIN, LAKSA SARAWAK, dan sebagainya. Favourite 'anna' mestilah umai..hehehe..Hmm unik kan kat Sarawak nie..Semua kaum boleh tinggal dalam 1 negeri..bak kata 'pak cik MMA', macam - macam ada.. Tempat menarik kat Sarawak lebih tertumpu kat Kuching. Leh gi area waterfront boleh cuba naik Sarawak River Cruise untuk menyusuri Sungai Sarawak, gi muzium ada macam2 jenis muzium, kalau nak bawa balik buah tangan untuk org tersayang atau kenangan, bolehlah shopping kat kedai kraftangan tak jauh dari area waterfront tak pun gi kat area India Street..barang - barang pun murah..so, kepada yang kaki shopping tu leh la shopping kat situ..ermm..selain tu juga, ada tempat shopping yang lain, contohnya kat area Tun Jugah, Wisma Satok, Wisma Saberkas dan banyak lagi tempat leh gi. Kalau nak g relax2 dari kesibukan kota, leh la g kat area Damai Beach resort..nun tak jauh dari area Kampung Budaya Sarawak..Kalau tak pernah tengok buaya, anda leh gi Jong Crocodile..hehe..Nak tengok keindahan alam semula jadi? Jgn lupa gi Taman Negara Bako..Nak yang best lagi gi la Syarikin.. Terletak di sempadan Sarawak ngan Kalimatan..tapi kalau gi sana, panaslah..sbb kawasan tu betul2 kat garisan tengah khatulistiwa..kalau nak gi bulan puasa tu..ish3..dugaan..gerenti haus..tak yah nak berjemur cam minah or mat saleh..gerenti sunburn lah..Banyak kan tempat nak dilawati kat Sarawak..
Asyik nak jalan je? Nak tinggal mana? Jangan risau, kat sini ada banyak hotel - hotel untuk anda menginap dan bermalam di Sarawak mengikut kemampuan anda. Nak yang murah @ yang berbintang-bintang? Tapi sebelum melancong ni, kenalah rancang dulu perjalanan dengan bijak ok.
Alhamdullillah, kamek org Sarawak. So, kepada kaki jalan kat luar sana tu, jangan lupa singgah lok lat Sarawak. Hujan Emas di negeri orang, hujan batu ni negeri sendiri, Baik lagi di negeri sendiri..Fikir - fikirkan..
|
|