SELAMAT DATANG KE BLOG SEA TEA...

Wednesday, July 29, 2009

Tentang Sarawak..






Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Negeri bumi kenyalang ini merupakan salah sebuah dari 14 negeri yang terdapat di Malaysia seperti Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Johor, Melaka, Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Sarawak terasing daripada Semenanjung Malaysia ke barat dengan Laut Cina Selatan yang kira-kira 600 km dan dicantum ke negeri Sabah secara langsung ke timur laut di mana kesultanan Brunei di tengah-tengahnya. Atas tanah, negeri ini bersempadanan dengan Kalimantan, Indonesia. Untuk pengetahuan U all, Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Kat Sarawak ada macam- macam kaum, bangsa dan agama seperti Melanau, Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Punan, Penan, Kedayan, Lunbawang dan banyak lagi. Pendek kata banyak sangatlah.

Setiap kaum ada adat resam, pantang larang, makanan trad
isi, dan kepercayaan mereka sendiri..Contohnya macam KEK LAPIS SARAWAK, IKAN TERUBOK MASIN, MEE KOLOK, AYAM PANSUH, UMAI, LINUT, LEMIDIN, LAKSA SARAWAK, dan sebagainya. Favourite 'anna' mestilah umai..hehehe..Hmm unik kan kat Sarawak nie..Semua kaum boleh tinggal dalam 1 negeri..bak kata 'pak cik MMA', macam - macam ada..

Tempat menarik kat Sarawak lebih tertumpu kat Kuching. Leh gi area waterfront boleh cuba naik Sarawak River Cruise untuk menyusuri S
ungai Sarawak, gi muzium ada macam2 jenis muzium, kalau nak bawa balik buah tangan untuk org tersayang atau kenangan, bolehlah shopping kat kedai kraftangan tak jauh dari area waterfront tak pun gi kat area India Street..barang - barang pun murah..so, kepada yang kaki shopping tu leh la shopping kat situ..ermm..selain tu juga, ada tempat shopping yang lain, contohnya kat area Tun Jugah, Wisma Satok, Wisma Saberkas dan banyak lagi tempat leh gi.

Kalau nak g relax2 dari kesibukan kota, leh la g kat area Damai Beach resort..nun tak jauh dari area Kampung Budaya Sarawak..Kalau tak pernah tengok buaya, anda leh gi Jong Crocodile..hehe..Nak tengok keindahan alam semula jadi? Jgn lupa gi Taman Negara Bako..Nak yang best lagi gi la Syarikin.. Terletak di sempadan Sarawak ngan Kalimatan..tapi kalau gi sana, panaslah..sbb kawasan tu betul2 kat garisan tengah khatulistiwa..kalau nak gi bulan puasa tu..ish3..dugaan..gerenti haus..tak yah nak berjemur cam minah or mat saleh..gerenti sunburn lah..Banyak kan tempat nak dilawati kat Sarawak..

Asyik nak jalan je? Nak tinggal mana? Jangan risau, kat sini ada banyak hotel - hotel untuk anda menginap dan bermalam di Sarawak mengikut kemampuan anda. Nak yang murah @ yang berbintang-bintang? Tapi sebelum melancong ni, kenalah rancang dulu perjalanan dengan bijak ok.

Alhamdullillah, kamek org Sarawak. So, kepada kaki jalan kat luar sana tu, jangan lupa singgah lok lat Sarawak. Hujan Emas di negeri orang, hujan batu ni negeri sendiri, Baik lagi di negeri sendiri..Fikir - fikirkan..

No comments: